Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Majlis Soladariti Kestabilan dan Kemakmuran serta Pelancaran Jentera Barisan Nasional Negeri Pahang di Laman Kerayong, Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 27 OKTOBER 2022.

BERA – Jentera Barisan Nasional (BN) diminta memberi perhatian terhadap lima juta pemilih baharu pada  Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebanyakan daripada mereka terdiri daripada pengundi tidak berparti dan kumpulan pengundi muda.

“Kerana itulah, enggangement dan perjumpaan perlu diadakan dengan kumpulan muda, pengundi-pengundi baru supaya mereka bersama kita,” katanya pada majlis Majlis Soladariti Kestabilan dan Kemakmuran serta Pelancaran Jentera Barisan Nasional Negeri Pahang di Laman Kerayong, di sini, hari ini.

Hadir pada majlis, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menyifatkan kumpulan pengundi baru ini sebagai penting untuk BN menguasai semula kerajaan.

“Sebab itu saya harap kita semua sama-sama bekerja kuat bukan sahaja untuk mendapatkan pengundi putih supaya terus kekal bersama kita, tetapi juga mendapatkan sokongan daripada mereka yang atas pagar dan tidak berparti supaya menyokong kita.

“Insya-Allah kalau mereka sokong kita, pengundi putih kita kekalkan untuk terus sokong kita, Insya-Allah DUN (Dewan Undangan Negeri) yang kita pertandingkan, Parlimen yang kita pertandingkan pasti akan dikuasai kita, BN,” ujarnya.

Sementara itu, Ismail Sabri turut mengingatkan tidak ada parti yang boleh memberi jaminan kemenangan mudah bagi menguasai kerajaan seperti yang berlaku pada PRU14. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast