Pintu masuk UPSI

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali lagi menerima pengiktirafan antarabangsa apabila dinobatkan menduduki The World University Ranking By Subject Education pada tangga 151- 175 dunia bagi tahun 2023 manakala The World University Ranking By Subject Physical Sciences pada tangga 1001 di dunia pada tahun yang sama.

Naib Canselor , Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, pencapaian The World University Ranking By Subject Education dan The World University Ranking By Subject Physical Sciences membuktikan kesungguhan warga UPSI untuk memperkasakan aspek pengantarabangsaan khususnya dalam bidang pendidikan.

Beliau berkata, UPSI sentiasa terbuka menjalin kolaborasi bersama pelbagai universiti ternama dalam dan luar negara serta pemain industri demi memperkasakan bidang pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Strategik UPSI, Profesor Madya Dr Azmi Mohamed berkata, kejayaan yang dicapai itu membuktikan universiti ini beriltizam merealisasikan segala agenda kolaborasi antarabangsa bersama universiti terkemuka dalam bidang pendidikan.

”UPSI optimis untuk menghadapi cabaran yang lebih besar iaitu dengan mengukuhkan penarafan yang lebih tinggi hingga kedudukan bawah 150 terbaik dunia dalam bidang pendidikan walaupun bukan suatu yang mudah.

Begitu juga dalam kedudukan By Subject Physical Sciences kepada tangga bawah 1000 yang menjadi sasaran UPSI sebagai sesuatu menjadi impian masa akan datang.

Beliau berkata, The World University Ranking By Subject merupakan satu penarafan antarabangsa di berdasarkan bidang.

UPSI yang menyertai The World University Ranking By Subject Education buat pertama kali pada tahun 2022 berjaya mencapai 176-200 dan meningkat kepada 151-175 bagi The World University Ranking By Subject Education 2023.

UPSI juga disenaraikan buat julung kalinya di dalam The World University Ranking By Subject Physical Sciences 2023 pada kedudukan 1001 ke atas.

Untuk mencapai pengiktirafan ini, sebanyak lima indikator utama diambil kira bagi menilai kedudukan ini iaitu Pengajaran, Penyelidikan, Sitasi, Pandangan Antarabangsa serta Pendapatan Industri.

Beliau berkata, pencapaian ini membuktikan UPSI komited dalam memastikan kecemerlangan kualiti Pendidikan dan guru yang dihasilkan di Malaysia.

Malah, penyertaan baharu UPSI di dalam The World University Ranking By Subject Physical Sciences juga membuktikan komitmen UPSI di dalam pembangunan penyelidikan berteraskan nanoteknologi dan nanosains. – MalaysiaGazette