mohd puad zarkashi agenda Melayu
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – UMNO mesti berani menggugurkan individu-individu yang ‘besar kepala’ dari senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keutamaan perlu diberikan kepada calon-calon yang berdisiplin dan mempunyai semangat setiakawan.

Menurut beliau, UMNO tidak boleh membenarkan wujud ‘Kluster Ahli Parlimen” dalam parti.

“Pengalaman empat tahun lalu terlalu pahit. Mereka tidak hormat parti, tidak hormat MKT dan Ketua Whip.

“Lebih pahit ada pula yang jadi jurucakap pihak lawan. Keputusan parti dipersalahkan. Bukan itu sahaja, mereka memburuk-burukkan keputusan parti sebagai ketinggalan.

“Ini masa terbaik membina ‘kestabilan’. Bukan sahaja untuk negara tetapi juga dalam parti,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya malam ini.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, calon-calon yang akan mewakili UMNO pada PRU-15 dipastikan bukan dalam kalangan individu yang berasa dirinya lebih besar daripada perjuangan parti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast