Khairu Jamaluddin

KUALA LUMPUR – “Alhamdulillah saya baru sahaja diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi P.107 Sungai Buloh.”

Itu reaksi awal Khairy Jamaluddin sebaik sahaja nama beliau diumumkan sebagai calon Parlimen sungi Buloh bagi Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan berlangsung pada 19 November ini.

Khairy yang juga Menteri Kesihatan menyifatkan pencalonan tersebut sebagai cabaran besar namun beliau akan membuat yang terbaik dengan bertemu dan meyakinkan seramai mungkin untuk memberi peluang kepadanya.

Beliau sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Rembau dan bagi Pilihan Raya Umum ke-15 ini Barisan Nasional meletakkan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai calon. – MalaysisaGazette