Lori tangki yang terlibat melanggar seorang pejalan kaki di Lebuhraya Karak tengah hari tadi.

KUANTAN – Seorang pejalan kaki maut di tempat kejadian selepas dirempuh sebuah lori tangki di Kilometer 69.7 Lebuhraya Karak menghala ke Kuantan di Bentong, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, identiti mangsa lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu masih belum dikenalpasti.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika lori tangki yang dalam perjalanan dari Raub menuju ke Bahau, Negeri Sembilan.

Nahas itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

“Apabila sampai di lokasi, seorang lelaki dipercayai warganegara tempatan tiba-tiba berjalan ke tengah jalan lalu dilanggar oleh lori tangki yang berada di lorong kiri jalan.,” kataya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Zaiham, pihak Hospital Bentong telah mengesahkan kematian mangsa akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Zaiham memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan.

Pihak polis juga memohon sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga atau kenalan boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Gibil Rasiah di talian 013- 8626806. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast