Norizam Tukiman. foto Bernama

KUALA LUMPUR – Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman yang juga dikenali ramai dengan nama panggilan Zamsaham mengingatkan penyokong kelab itu agar tidak mencetuskan provokasi menjelang pertemuan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi kempen Piala Malaysia.

“Kalau ada kawan-kawan kita yang buat provokasi kepada fans JDT atau mana-mana fans yang hadir ke Kota Bharu, tegurlah dia kerana kita sudah dalam zaman 2022. Lebih bertamadun dan beradab. Bola ini hiburan bukan malapetaka,” tulisnya.

Kelantan FC dijadualkan menerima kunjungan JDT pada Sabtu ini sebelum bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 11 November untuk aksi timbal balik suku akhir Piala Malaysia.

Sebelum ini, reputasi Kelantan FC tercalar apabila berlaku pertelingkahan antara penyokong pasukan itu dan penyokong Perak FC di laman sendiri sehingga berlanjutan ke tengah padang.

Walaupun tiada tindakan lanjut daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Zamsaham pasti berhasrat agar kejadian sebegitu tidak berulang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast