KUALA LUMPUR – Beberapa bank menaikkan kadar faedah selaras dengan peningkatan kada dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia yang diumumkan semalam.
CIMB Bank Berhad (CIMB Bank”) dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic) akan melaksanakan 25 mata asas yang sepadan dengan peningkatan dalam kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan deposit tetap/kada tetap pendapatan akaun-i.
Begitu juga semua kemudahan pembiayaan berdasarkan pinjaman asas kadar (BLR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) akan dinaikkan sebanyak 0.25%.
CIMB berkata, perubahan kadar akan berkuat kuasa pada 8 November 2022.
Sementara itu, Maybank berkata, SBR dan BR masing-masing akan dinaikkan kepada 2.75 peratus setahun daripada 2.50 peratus manakala BLR pada 6.40 peratus setahun daripada 6.15 peratus setahun.
Sejajar dengan pelarasan itu, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic akan dinaikkan berkuatkuasa 7 Nov, 2022.
RHB Banking Group dan Public Bank turut menyemak semula Kadar Asas Standard (SBR), Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas (bps).
Dalam kenyataan, RHB Bank berkata SBR akan dinaikkan kepada 2.75 peratus daripada 2.50 peratus, BR kepada 3.50 peratus setahun daripada 3.25 peratus dan BLR kepada 6.45 peratus setahun daripada 6.20 peratus.
Dalam kenyataan berasingan, Public Bank berkata, SBR akan dinaikkan menjadi 2.75 peratus manakala BR 3.27 peratus daripada 3.02 peratus.
Manakala BLR akan dinaikkan kepada 6.47 peratus daripada 6.22 peratus.
Susulan semakan semula itu, kadar deposit tetap RHB Bank, RHB Islamic Bank dan Public Bank turut diselaraskan.
Perubahan tersebut berkuat kuasa pada 7 November ini. – MalaysiaGazette