Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengaminkan doa selepas selesai menunaikan solat jumaat di Masjid Darul Fikri, Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 04 NOVEMBER 2022.

BERA – Tanpa protokol dan diiringi pegawai, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Bera hari ini.

Sambil bersalaman dengan ramai jemaah yang menyedari kehadirannya, beliau menunaikan kewajipannya di saf belakang tanpa sebarang keistimewaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersalaman dengan sebahagian jemaah selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Darul Fikri, Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 04 NOVEMBER 2022.

Nampak ringkas dengan memakai baju kurta putih, Ismail Sabri juga berpeluang berbual mesra dengan jemaah lain usai solat Jumaat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunaikan solat jumaat di Masjid Darul Fikri, Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 04 NOVEMBER 2022.

Sebelum ini, perdana menteri yang memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia itu mengakui gemar turun padang ke kawasannya di Bera.

Menurutnya, di Bera, beliau lebih santai mendekati masyarakat tanpa sebarang protokol yang ketat.- MalaysiaGazette