Calon dari BN, Datuk Armishah Siraj (kiri) dan Tun Dr. Mahathir Mohmad (tiga dari kanan) selepas proses penamaan calon di Pejabat Daerah Langkawi hari ini.

LANGKAWI – Kerusi Parlimen Langkawi menyaksikan pertembungan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ia membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Perjuang Tanah Air (PEJUANG) dan calon Bebas.

Pertembungan itu menyaksikan penyandang kerusi Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mewakili Pejuang berhadapan laluan lebih mencabar berbanding PRU14.

Antara pencabar utama beliau adalah calon dari BN, Datuk Armishah Siraj.

Calon lain yang turut bertanding ialah Zabidi Yahya mewakili PH manakala PN pula mempertaruhkan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah manakala Datuk Abdul Kadir Sainuddin mewakili calon Bebas.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya berkata, mereka menerima kertas penamaan daripada kesemua calon tersebut tanpa ada penolakan.

Pada PRU14, Dr. Mahathir memenangi dengan majoriti 8,893 undi ketika bersama PH.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.