KUALA LUMPUR – Angka terkumpul jangkitan baharu Covid-19 terus bertambah kepada 4,889,062 dengan kenaikan 3,913 kes semalam.
Jumlah kes kematian turut meningkat sebanyak lima lagi kepada 36,487.
KKMNOW berkata, kes aktif pula sebanyak 36,716 dengan 35,039 kes dikuarantin manakala 1,610 lagi dirawat di hospital.
Sebanuak 67 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi dengan 59 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh semalam sebanyak 3,774. – MalaysiaGazette