Nor Shamsiah Mohd Yunus

 

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama institusi kewangan dan rakan kongsi strategik telah melancarkan Program Penghijauan Rantaian Nilai (GVC) sempena Hari Kewangan di COP-271.

Matlamat program GVC ini adalah untuk membantu PKS di Malaysia melaksanakan perubahan yang berimpak dan berjangka panjang bagi menghijaukan operasi mereka.

Ia dicapai melalui penawaran khidmat nasihat teknikal oleh organisasi yang terlibat2 serta pembiayaan untuk peralihan daripada Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF).

Menurutnya, program GVC ini menggunakan pendekatan mudah cara campuran yang terdiri daripada latihan teknikal dan diagnosis di premis operasi.

Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, Malaysia merupakan negara pengeksport dan kebanyakan PKS Malaysia yang menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dasar oleh rakan perdagangan Malaysia untuk kekal berdaya tahan dan berdaya saing pada peringkat global.

Hal ini termasuk menangani pelepasan rantaian nilai supaya seiring dengan sasaran global ke arah sifar karbon dan bersedia mematuhi dasar yang mungkin dilaksanakan oleh rakan perdagangan Malaysia. Program GVC merupakan satu langkah dalam usaha membantu PKS melakukan peralihan penting ini, ujar beliau. – MalaysiaGazette