Calon Perikatan Nasional (PN) P.143 Pagoh , Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan penduduk pada Program Sembang Santai di Kampung Simpang Baba, Pagoh, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 09 NOVEMBER 2022.

PAGOH – Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis UMNO akan kalah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya jumlah pengundi yang akan keluar mengundi pada 19 November 2022 tinggi.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa, BN memperoleh kemenangan pada (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor  Mac lalu disebabkan disebabkam jumlah pengundi yang keluar mengundi merosot.

“Macam PRN Johor dulu tak ramai keluar mengundi, orang UMNO ‘totok’ ada situ. BN menang.

“Tetapi Pilihan Raya ini katalah 80 peratus pengundi ada keluar undi, yakin UMNO akan hanyut masuk ke Sungai Muar,” katanya yang juga merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau berkata demikian ketika berceramah kelompok bersama masyarakat Kampung Tengah, Kampung Naib Piee, Kampung Parit Buaya dan Kampung Sungai Terap, Pagoh, malam tadi.

Untuk rekod, BN meraih kemenangan selesa apabila berjaya memperoleh kejayaan majoriti dua pertiga, selepas keputusan penuh PRN Johor pada Mac lalu.

Ia dilihat menerusi kejayaan BN menawan 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor

Manakala Pakatan Harapan (PH) menang 11 kerusi DUN, diikuti Perikatan Nasional (PN) tiga, manakala PKR dan MUDA masing-masing satu kerusi.

Menurut Muhyiddin lagi, pilihan raya pada kali ini amat penting bukan kerana soal beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaliknya beliau berkata, ia adalah disebabkan soal soal rakyat dan merupakan satu tanggungjawab penting.

Katanya, penerimaan rakyat terhadap PN semakin meningkat dan disebabkan itu semua pengundi di Johor perlu turun mengundi pada 19 November ini.

“Trend sokong Melayu semakin meningkat. Boleh menang bentuk kerajaan.

“Di Pagoh ini bagilah saya peluang terakhir menang,” katanya. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Adoi jangan bagi dia peluang. Ini orang kena disiasat oleh PAC dan RVI
    CI apa dia buat dengan RM 600 billionduit rakyat masa PKP. dia jadi PM. Ini kaki sakau patut masuk kluster makkamah

Comments are closed.