KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,436 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,902,057.
Manakala lapan kes kematian direkodkan dalam tempoh sama.
KKMNOW melaporkan, jumlah kes aktif sebanyak 33,965 dengan 32,107 dikuarantin di rumah.
Sementara 1,766 kes lagi dirawat di hospital dengan 92 kes ditempatkan di unit rawatan rapi.
Daripada jumlah itu, 60 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Data Kementerian Kesihatan itu turut melaporkan 4,292 kes sembuh pada tempoh sama. – MalaysiaGazette