Abah ketika berucap pada Jelajah PN Best Indera Mahkota malam tadi

KUANTAN – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin masih meratib peristiwa dirinya dipecat UMNO berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam kempennya malam tadi.

Bekas Perdana Menteri kelapan itu mengunakan modal kempen yang sama ketika Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14).

“Saya digulingkan selepas menyatakan kebenaran, saya bekerja dengan kejujuran,” katanya.

Beliau mesra disapa Abah berkata demikian ketika di hadapan lebih 1,000 hadirin pada Majlis Jelajah PN Best Indera Mahkota, di Putra Balok malam tadi dalam suasana hujan renyai-renyai.

Muhyiddin turut berkongsi kejayaan beliau dalam menangani isu Covid-19 ketika   mentadbir negara.

Sementara itu  beliau turut mengingatkan para pengundi supaya memberi mandat kepada PN untuk memenangi PRU15 seterusnya membentuk kerajaan pusat.

“Saya fikir kita sudah ada gelombang sehingga 19 November nanti. Dengan syarat, jangan tutup PDM, ada fulus kita jalan, tiada fulus kita jalan juga.

“Justeru semua penyokong harus bekerja keras bagi memastikan kemenangan di pihak PN,” katanya.

Hadir sama penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan penyandang Dewan Undangan Negeri Berserah, Andasura Rabu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Meratib 1MDB konon. Tunggu BN perintah. Mana RM600 billion duit rakyat masa PKP. Kita mahu ia dibentangkan salahguna kuasa atau dakau?

Comments are closed.