Calon Barisan Nasional P.089 Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai hadir pada Majlis Pengumuman Calon Parlimen Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 01 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Pengundi-pengundi di Parlimen Bentong disaran memberikan mandat kepada bekas Presiden MCA, Tan Sri Liow Tiong Lai bagi memastikan penduduk terus menikmati pembangunan dan kerancakkan ekonomi

Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli menyifatkan Tiong Lai yang telah berkhidmat di Bentong selama 30 tahun merupakan calon ‘heavyweight’ terbaik untuk merampas kembali kerusi Parlimen ini dari DAP.

Ini kerana, Tiong Lai merupakan bekas Ahli Parlimen Bentong itu sentiasa memelihara hubungan baik dengan persatuan, NGO serta parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain bagi mendengar dan menyelesaikan masalah penduduk.

“Ramai dalam kalangan pengundi menyatakan keinginan secara terbuka mahukan Tiong Lai kembali menjadi wakil rakyat mereka, memandangkan sumbangan besarnya terhadap Bentong selama empat penggal menjadi Ahli Parlimen,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tiong Lai yang pernah menjawat jawatan Ahli Parlimen Bentong selama empat penggal itu dicalonkan semula bagi merampas kembali kerusi itu daripada Pakatan Harapan (PH).

Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli
Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli

Bekas Menteri Barisan Nasional (BN) itu telah ditewaskan oleh Wong Tack dengan majoriti 2,032 undi.

Pada PRU15 ini, Wong Tack bertindak bertanding sebagai calon bebas, apabila PH menamakan Young Syefura Othman sebagai calon.

Ketiga-tiga mereka turut ditentang Datuk Roslan Hassan mewakili Perikatan Nasional (PN) dan seorang lagi calon bebas, Achik Khalil. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast