FTX alami isu transaksi tanpa kebenaran. Foto Twitter FTX

KUALA LUMPUR- Platform dagangan kripto, FTX memindahkan dana-dananya ke simpanan luar talian (offline storage) susulan beberapa siri transaksi tanpa kebenaran.

Menurut penganalisis, aset-aset bernilai jutaan dolar telah dikeluarkan daripada platform berkenaan.

Kounsel Besar FTX AS, Ryne Miller dalam ciapannya di Twitter berkata, firma itu akan mempercepat proses memindahkan kesemua aset digital ke dalam satu simpanan tanpa hubungan internet.

Jelas beliau, langkah itu bagi mengurangkan kerugian akibat transaksi tanpa kebenaran yang berlaku ke atas platform berkenaan, baru-baru ini.

Terdahulu, tersebar khabar angin yang mengatakan syarikat itu telah digodam.- MalaysiaGazette