Perdana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Majlis Pecah Tanah Tapak Wisma Cuepacs Putajaya di Preisnt 18, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 14 NOVEMBER 2022.

PUTRAJAYA – Pendedahan yang dibuat oleh bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman perlu diajukan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu tidak boleh dijawab kerana janji itu tidak diberikan oleh beliau.

“Kadang-kadang orang sebut nama sahaja tidak ada pun tawaran tersebut tapi kerana tidak ada sesiapa ketika itu jadi dia main sebut.

Sekarang ini macam-macam cerita yang bukan-bukan timbul.

Jadi tidak perlu kita ambil itu sebagai cerita yang dianggap benar. Saya pun tidak tahu. Kalau kamu (wartawan) nak, kena tanya Presiden,” katanya dalam sidang media merasmikan majlis pecah tanah Wisma Cuepacs Putrajaya, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat dan penyandang Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ismail Sabri berkata demikan menjawab pertanyaan media mengenai pendedahan Anifah Aman yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) bahawa dia ada diminta oleh Ahmad Zahid untuk tidak bertanding di Parlimen Kimanis dan membantu calon-calon BN. 

Dedahnya, sebagai balasan, calon BN Parlimen Bagan Datuk itu menawarkan jawatan Menteri Luar dan Senator kepadanya. 

Ahmad Zahid semalam berkata Anifah merupakan seorang pemimpin yang berintegriti malah bekas menteri BN itu juga merupakan seorang yang berpengalaman dalam arena antarabangsa. – MalaysiaGazette

Anifah berpengalaman, ada integriti – Zahid