ISTANBUL – Seorang suspek yang dipercayai bertanggungjawab melakukan serangan di kawasan sibuk di Jalan Isiklal, dekat sini sudah ditahan.
Menteri Dalam Negeri mengesahkan tangkapan itu dan menuduh Parti Pekerja Kurdistan (PKK) bertanggungjawab atas insiden berkenaan.
Dalam apda itu, Menteri Kehakiman, Bekir Bozdag berkata, wanita itu dilihat duduk di atas bangku di kawasan itu lebih kurang 40 minit.
Dia kemudian berlalu pergi sebelum letupan berlaku.
Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 81 cedera dalam satu letupan yang berlaku kira-kira jam 4.20 petang waktu tempatan di lalun membeli-belah di kawasan Dataran Taksim.
PKK adalah kumpulan militan yang mendesak agar negara Kurdish merdeka di dalam Turkiye.
Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat menganggap PKK sebagai organisasi pengganas.
Setakat ini tiada sesiapa mengaku bertanggungjawab atas letupan itu. – MalaysiaGazette