Polis masih berusaha mengesan mayat bayi lelaki yang ditanam seorang lelaki di kawasan tanah perkuburan di Bagan Dalam, dekat sini dalam kejadian awal pagi Jumaat.
Gambar hiasan

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa akan meraikan jumlah penduduk dunia yang kini mencecah lapan bilion, lapor Sputnik.

“Pada 15 Nov 2022, penduduk dunia diunjurkan mencecah lapan bilion orang, satu peristiwa penting dalam pembangunan manusia,” menurut PBB menerusi laman sesawang “Day of Eight Billion“.

Pertumbuhan itu tidak pernah berlaku sebelum ini disebabkan peningkatan jangka hayat manusia susulan penjagaan kesihatan awam semakin baik, pemakanan, kebersihan diri dan perubatan.

Hal itu juga disebabkan tahap kesuburan yang tinggi dan berterusan di beberapa negara.

PBB menganggarkan untuk mencapai populasi dunia sebanyak sembilan bilion akan mengambil masa 15 tahun lagi disebabkan kadar pertumbuhan yang perlahan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast