Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Calon Barisan Nasional (BN) P.096 Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua kanan) beramah mesra bersama anak muda yang hadir pada Majlis Sembang Santai Anak Muda Kuala Selangor sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Bandar Puncak Alam, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 14 NOVEMR 2022.

KUALA SELANGOR – Semua pihak boleh mendakwa dirinya mahupun parti politik yang diwakilinya mendapat sokongan majoriti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, partinya sendiri boleh membuat dakwaan sama, begitu juga parti-parti pembangkang lain.

“Semua orang cakap dapat majoriti, semua parti dapat majoriti.

“Presiden saya sendiri mengatakan survey yang kita buat mendapati BN mendahului parti-parti lain.

“Kalau Anwar kata dia mendahului, saya pun mendahului, mungkin Perikatan Nasional (PN) pun mendahului termasuk GTA sendiri,” katanya pada sidang media di Puncak Alam Driving Range, Bandar Puncak Alam, di sini, malam tadi.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa partinya sedang mendahului parti-parti lain yang bertanding dalam PRU15.

Anwar yang juga Presiden PKR itu mendakwa, parti-parti utama seperti Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) tertinggal jauh di belakang.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga yakin siapa pun mendahului, hanya pengundi akan menentukan parti mana yang memenangi PRU15.

“Tapi yang pentingnya 19 November ini rakyat akan menentukan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast