Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR- Syarikat Invoke Solutions Sdn. Bhd. yang diasaskan Rafizi Ramli diserbu sekali lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Timbalan Presiden PKR itu memberitahu, selain SPRM, Jabatan Kastam juga telah menghantar notis untuk melakukan perkara yang sama.

“Ketika kita sedang bercakap ini, SPRM sedang membuat serbuan kali kedua di pejabat Invoke milik saya,” katanya semasa sidang media hari ini.

Menurut calon Pakatan Harapan Parlimen Pandan, beliau faham dengan situasi yang berlaku.

Semalam, media melaporkan SPRM telah mengambil beberapa dokumen daripada pejabat Rafizi.

Laporan memetik sumber itu berkata, beberapa dokumen yang diambil itu bagi membantu siasatan terhadap dakwaan pemilihkan aset yang diumumkan Rafizi, baru-baru ini.- MalaysiaGazette

 

ARTIKEL BERKAITAN

http://https://malaysiagazette.com/2022/11/16/sprm-ambil-beberapa-dokumen-di-invoke/

1 Komen

  1. Kalau kau nak lepas dari tuduhan SPRM..ko dan PH kena menang..lepas tu ko lantik Tipah Koya & Tommy Thomas..kes ko, kes Guan Eng, kes Sadiq Sigaraga semha akan digugurkan…ko akan jd suci murni, putih bersih mcm dibasuh Clorox…good luck

Comments are closed.