KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,304 kes jangkitan baharu Covid-19 dan lapan kematian dilaporkan semalam.
Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan sebanyak 4,918, 309.
Manakala angka terkumpul kes kematian 36,574.
Data KKMNOW menunjukkan sebanyak 28,165 kes aktif dilaporkan dalam tempoh sama dengan 26,130 menjalani kuarantin di rumah.
Kes yang dirawat di hospital sebanyak 1,945 termasuk 90 kes di unit rawatan rapi.
Daripada jumlah itu, 48 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes sembuh 3,045. – MalaysiaGazette