LABIS – Pengundi-pengundi dalam kalangan kaum Cina diingatkan supaya membuat keputusan bijak pada Sabtu ini dengan memilih kestabilan dan kemakmuran agar kehidupan mereka lebih terjamin.
Justeru, MCA amat bersetuju dengan saranan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad apabila menegaskan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) bukanlah masanya untuk mencuba atau pun diperjudikan masa hadapan dengan membuat keputusan yang kurang tepat.
“Saya menyambut baik pandangan ini kerana saya melihat dengan jelas saat-saat akhir ni kita akan lihat pembangkang akan mula cakap mereka dalam keadaan mencemaskan.
“Ini biasalah…tapi dua hari ini dia (pembangkang) cakap dia confident boleh menang 100 lebih kerusi. Mungkin kalau daripada dua kenyataan yang dia nampak mungkin tidak serasilah ..tapi itu memang taktik dia untuk menangi sesuatu pilihan raya
“Jadi, bagi kita saya rasa rakyat tahu menilai dan apabila mereka balik mengundi nanti mereka dengan pemikiran yang lebih tenang sudah pasti boleh melihat prestasi semua yang bertanding ini pernah menjadi kerajaan, Pakatan Harapan 22 bulan Perikatan Nasional pun pernah memimpin sehingga 17 bulan dan BN mempunyai rekod yang lebih lama,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan kampung Baru Chaah, di sini hari ini.
Terdahulu hari ini, calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Naib Presiden UMNO meminta penduduk Kota Tinggi supaya bijak memilih dalam dalam pemilihan pada Sabtu ini.
Katanya, rakyat harus menggunakan hak dan kesempatan untuk membuat keputusan bermanfaat kepada negeri serta negara dan saranan beliau itu turut disambut oleh Hasni.
SEmentara itu, Ka Siong berkata, rakyat perlu melihat siapa yang lebih berupaya dalam menguruskan ekonomi dan yang mampu memelihara kestabilan.
Ujarnya, jika rakyat memilih parti selain BN ia bererti mereka memilih untuk melihat keadaan kucar kacir dan lebih teruk lagi menyebabkan kehancuran.
“Saya rasa satu pilihan bijak adalah memastikan satu undi itu untuk kekalkan kestabilan atau memantapkan lagi kestabilan politik dan akhirnya nanti akan menjurus kepada membawa kemakmuran kepada masyarakat, itu yang kita tunggu-tunggukan,” tambahnya. – MalaysiaGazette