Majlis ramah mesra penduduk Bertam bersama Reezal Merican mendapat sambutan luar biasa.

SEBERANG PERAI – Digelar pemimpin berjiwa rakyat dan mudah didekati dalam kalangan penduduk Kepala Batas tidak menjadikan calon Barisan Nasional kerusi Parlimen itu mendabik dada.

Sebaliknya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga penyandang kerusi itu bagi dua penggal mengakui perlu memantapkan strategi kempen bagi memastikan dirinya tidak tersasar daripada meneruskan legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam menjaga kebajikan keluarga besar (penduduk) serta pembangunan di Kepala Batas.

“Di Kepala Batas kita kempen cara Kepala Batas iaitu mesra. Bersua muka dengan penduduk sini sudah memberikan perasaan gembira bukan saja buat saya malah buat mereka sendiri.

Komuniti petani, peladang turut menjadi sebahagian keluarga besar Kepala Batas.

“Hubungan kekeluargaan antara saya dengan warga Kepala Batas memang akrab namun tetap berdepan cabaran apabila penduduk atau komuniti baru berpindah ke sini.

“Bagaimanapun, setakat ini penghuni baru Kepala Batas menyesuaikan diri selain mengekalkan tradisi. Saya kira salah satu daripada resepi menganggap bahawa pengundi-pengundi di sini sebahagian daripada keluarga besar Kepala Batas,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Penduduk kaum India tidak terkecuali daripada menyatakan sokongan terhadap Reezal Merican.

Pada PRU14, Reezal Merican berjaya memenangi kerusi Parlimen Kepala Batas dengan majoriti undi 4,736 meskipun berlaku tsunami politik ketika itu.

Pada PRU15 ini, penyandang kerusi Parlimen Kepala Batas itu bakal bersaing dengan Danial Abd Majeed daripada Pakatan Harapan (PH), Dr Siti Mastura Mohamad mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Hamidi Abdul Hassan daripada Gerakan Tanah Air (GTA). – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Politikus Pak Pandir bila menang puji the kingmaker warga China dan warga India. Berbanding negara-negara kecil bekas jajahan British macam Qatar, UAE. dan Kuwait amat disukai oleh majority migran ekonomi expats berbilang kaum dan budaya tanpa hak warganegara tempatan tetapi ada hak asasi warganegara daripada negara-negara asal mereka masing-masing walaupun tinggal lama sehingga ke cucu-cicit bayar cukai yang memperkayakan pribumi Pak Arab tersebut politikus Pak Pandir ooii!

Comments are closed.