Calon Barisan Nasional (BN) di Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ditemui pada Majlis Ramah Mesra bersama komuniti cina di Taman Maluri, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Penerimaan kaum Cina terhadap calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Parlimen Titiwangsa agak memberangsangkan selepas beberapa pertemuan dilakukan sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, penerimaan itu berlaku mungkin disebabkan mereka mereka merasa kehilangan pemimpin di kawasan itu apabila pembangkang memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa pada PRU14.

“Saya tidak mahu sebut peratus tapi berdasarkan pengiraan saya itu, ia lebih baik daripada masa lalu. Masa PRU14, saya rasa dapat sekitar satu hingga dua peratus sahaja tapi kali ini lebih baik,” katanya pada pemberita selepas program Majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti Cina di Taman Maluri, di sini, hari ini.

Calon Barisan Nasioanal (BN) Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ditemui pada program Majlis Ramah Mesra bersama komuniti cina di Taman Maluri, di sini, hari ini.

 

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Titiwangsa mempunyai 80,747 pengundi dan daripada jumlah itu 72.4 peratus adalah pengundi Melayu diikuti Cina (16.5%) dan India (9.5 %) manakala selebihnya lain-lain bangsa.

Menurut Johari, walaupun kalah pada PRU14, beliau masih menyantuni dan membina hubungan dengan masyarakat Cina di kawasan Parlimen tersebut.

Tambah beliau, terdapat segelintir kaum Cina golongan B40 yang rapat dengan beliau ketika itu namun disebabkan tsunami politik, pengaruh manifesto dan isu-isu nasional menyebabkannya tidak dapat undi mereka.

“Tapi kali ini saya nampak positif dan sehingga hari ini saya masih bina hubungan dan menyantuni mereka dalam semua perayaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette