Hasni bersalaman dan bertanya khabar dengan tetamu yang hadir ke majlis ersama wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Restoran dan Rumah Singgah Kellypojawani di Kampung Sahari di sini, hari ini.

SIMPANG RENGGAM – Pilihan Raya Umum (PRU) bukanlah masanya untuk mencuba atau pun diperjudikan masa hadapan dengan membuat keputusan yang kurang tepat.

Justeru saranan calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Naib Presiden UMNO apabila mengharapkan agar rakyat bertindak bijak memilih calon pada PRU15 merupakan adalah tepat, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Katanya, beliau percaya dan yakin pengundi sedar dan tahu bahawa wakil rakyat yang ingin dipilih ada tanggungjawab untuk memastikan masalah rakyat diselesaikan.

“Jadi, Pilihan Raya Umum ini adalah sesuatu yang tidak sewajarnya untuk di cuba-cuba atau memperjudikan masa hadapan dengan membuat keputusan yang kurang tepat.

“Oleh yang demikian pengundi lebih berhati-hati dan tentunya membuat keputusan yang sebaik mungkin demi masa hadapan negara,” katanya.

Hasni yang juga calon BN Parlimen Simpang Renggam berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Bersama Wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Restoran dan Rumah Singgah Kellypojawani di Kampung Sahari, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, ketika berucap Hasni yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berkata, pengundi perlu menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac lalu sebagai contoh.

Katanya, adalah penting membuat keputusan tepat supaya kerajaan yang dibentuk adalah stabil dan dapat memacu ekonomi negara ke arah yang lebih baik.

“Oleh yang demikian, sudah terbukti bahawa kerajaan BN di Johor boleh memacu kerajaan dan ianya perlu diterjemahkan kepada sokongan untuk menjadikan negara ini secara totalnya di bawah pentadbiran Barisan Nasional,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast