LIPIS – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang hari ini membuat persiapan membawa peti undi menggunakan helikopter bagi melalui jalan udara untuk dihantar ke Pusat Mengundi yang berada di kawasan pedalaman.
Pengarah SPR Negeri, Datuk Zamree Hamli berkata, penggunaan helikopter itu sebagai alternatif bagi membawa peti beberapa lokasi yang mengambila masa jika melalui darat.
“Antara lokasi membabitkan kawasan pengundian pedalaman di Parlimen Cameron Highlands di perkampungan Orang Asli seperti ke Sinderut, Titom, Lenjang.
“Selain itu penghantaran menggunakan helikopter juga di kawasan Pulau Tioman dan Jerantut, seperti di Kampung Mat Daling dan Kampung Seri Pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis ketika ditemui memaklumkam pihaknya juga untuk mengiringi 31 petugas SPR ke lokasi pedalaman kampung berkenaan.
“Seramai 308 anggota polis Lipis telah bersiap siaga untuk bertugas bagi menjaga keselamatan di 54 Pusat Mengundi melibatkan 141 saluran di daerah ini.
“Polis juga akan mengawal lalu lintas bagi memastikan aliran trafik terkawal sepanjang PRU15 berlangsung,” katanya.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dijadualkan membuang pada pagi esok di Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai, Lipis.
Di Pahang, seramai 1,115,670 pengundi biasa daripada 1,136,944 akan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada Sabtu ini. – MalaysiaGazette