Perdana Menteri yang juga calon Barisan Nasional P.090 Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Program Ramah Mesra bersama Penduduk Kampung Mengkarak Station sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 16 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului para pesaingnya di Parlimen Bera.

Keputusan tidak rasmi sehingga pukul 9 malam menyaksikan Naib Presiden UMNO itu mendahului 2,584 undi berbanding lawannya, Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Bagi DUN Guai pula, calon BN, Datuk Sabariah Saidan mendahului dengan 202 undi dalam empat daripada 48 peti undi yang telah diterima di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera.

DUN Triang pula menyaksikan calon PH mendahului dengan 48 undi setakat ini.

Bagi DUN Kemayan, calon BN, Khairulnizam Mohamad Zuldin mendahului 1,564 undi berbanding calon PN dengan hanya 687 undi setakat ini.- MalaysiaGazette