Kesan jari yang berdakwat salah seorang pengundi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di di SMK Bandar Kerayong, Bandar Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 19 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 mula menghujani media sosial dengan kawasan-kawasan panas jadi tumpuan.

Antara nama yang menjadi tumpuan adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Johari Ghani.

Proses pengundian PRU15 yang tamat jam 6 petang tadi menyaksikan lebih 70 peratus keluar mengundi.

Sehingga kini keputusan tidak rasmi yang diperoleh dari pusat daerah mengundi menyaksikan Pakatan Harapan mendahului di beberapa peti undi.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette