Datuk Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR- Keputusan tidak rasmi Parlimen Kuala Nerus menyaksikan penyandang kerusi itu Datuk Khairuddin Takiri jauh ditinggalkan calon Pas, Datuk Alias Razak.

Penyandang kerusi selama tiga penggal itu mengutip 5218 undi manakala Alias mencatatkan 10,442 undi.

Khairuddin yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama bertanding atas tiket Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas berhenti daripada Pas. – MalaysiaGazette