Siti Nurhaliza menjadi tumpuan di pusat mengundi.

KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin mencuri tumpuan orang ramai apabila membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Alam Damai, Cheras hari ini.

Kehadiran penyanyi kesayangan ramai membuatkan mereka tidak mahu melepaskan berpeluang bertegur sapa dan bergambar dengan penyanyi Cindai itu.

Menerusi perkongsian dalam Instagram (IG) Story, ibu kepada dua cahaya mata itu menunjukkan kesesakan lalu lintas dan barisan panjang untuk masuk ke bilik mengundi.

Siti yang ditemani pengurusnya, Rozi Abdul Razak berkata, sebagai rakyat Malaysia, mengundi adalah satu tanggungjawab kepada negara.

“Siapa pun yang bakal dilantik sebagai pemimpin kelak, haruslah menjalankan tanggungjawab dengan berwibawa dan amanah.

“Tentunya ini menjadi harapan rakyat Malaysia dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Semoga Malaysia terus cemerlang dalam semua aspek ke hadapan,” tulisnya. – MalaysiaGazette