Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) menerima keputusan rakyat  pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ujar Ahmad Zahid, BN menganggap keputusan PRU15 merupakan isyarat besar yang diberikan oleh rakyat kepada parti itu.

“Namun begitu, BN akan terus komited untuk terus memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan, kami bersedia mengenepikan perbedaan sentimen kami sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, awal pagi ini.

Kenyataan itu dikeluarkan BN keputusan rasmi PRU15 masih belum diperoleh sepenuhnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, parti itu sentiasa komited untuk melihat hubungan yang baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

“Kami bersedia menjadi jambatan mengukuhkan hubungan ini.

“Dalam masa yang terdekat BN akan memberikan tumpuan bagaimana untuk mengembalikan kekuatan parti kami terutama sekali untuk menangani cabaran semasa dan lebih memahami keperluan generasi baharu,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. kah kah kah… baru ada akai….. hang tunggu la pemilihan agong UMNO tahun depan… semua orang tak sabar nak bungkus hang Jahid oiii

  2. dah kalah baru nak faham ke isyarat dari rakyat… sebelum ni pemimpin UMNO lain dah azan kat telinga ngko..tp ngko ikut perasaan dendam ko kan.. baru kena setepek kat muka ngko kan..padan muka…!!!

Comments are closed.