KUALA LUMPUR – MCA telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Bin Hamidi sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Justeru beliau haruslah meletakkan jawatan dengan terhormat.
Langkah ini bagi membolehkan seorang pemimpin baharu dapat mengambil alih pucuk pimpinan dan menentukan hala tuju parti, kata Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon.
Dalam pada itu, MCA terkejut dan kecewa atas keputusan Ahmad Zahid menangguhkan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadualkan pada malam ini.
”Pada masa keadaan politik negara masih tidak stabil dan tidak menentu selepas pilihanraya umum ke-15 baru-baru ini, keperluan Mesyuarat Dewan Tertinggi adalah amat terdesak untuk membincangkan situasi politik terkini dan membuat keputusan Barisan Nasional sebagai satu blok,” katanya.
Sin Woon berpendapat Pemangku Pengerusi BN perlulah memanggil Mesyuarat Dewan Tertinggi dengan kadar segera.
Sin Woon berkata, MCA mengambil pendirian yang tegas bahawa tiada mana-mana pihak yang berhak mewakili BN untuk berunding dengan mana-mana parti politik tanpa mandat daripada Dewan Tertinggi BN. – MalaysiaGazette
Haaaa ko MCA pun menang atas undi UMNO lg banyak cakap…patutnya ko desak presiden MCA letak jawatan sebab MCA gagal disemua kerusi majoriti Cina…