Syahredzan Johan

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sepatutnya membentuk kerajaan.

Sebaliknya Setiausaha Politik kepada veteran DAP, Lim Kit Siang iaitu Syahredzan Johan berkata, Pakatan Harapan (PH) merupakan blok terbesar yang menang banyak kerusi walaupun bukan majoriti.

“PH menang paling banyak kerusi walaupun bukan majoriti. Mengikut konvensyen, PH patut diberi peluang membentuk kerajaan terlebih dahulu.

“Jadi pada saya, Muhyiddin tidak sepatutnya dakwa bahawa PN akan bentuk kerajaan semalam. PH adalah blok terbesar berbanding blok lain, PN adalah kedua,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bangi menerusi Twitter hari ini.

Muhyiddin hari ini berkata, kerajaan persekutuan akan terbentuk dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian selepas bertemu dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di kediamannya hari ini.

Terdahuhlu Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sidang medianya yakin akan membentuk kerajaan Persekutuan kerana parti gabungan itu telah melepasi majoriti mudah iaitu 112 kerusi.

Anwar berkata, perbincangan kini dalam proses dokumentasi perjanjian sebelum diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Presiden PKR mendedahkan butiran perbincangan dengan pihak mana bagi membentuk kerajaan selain menegaskan PH mempunyai jumlah majoriti yang cukup.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast