Friday, April 26, 2024
Home Politik Saya hormati pilihan dan mandat rakyat – Ismail Sabri

Saya hormati pilihan dan mandat rakyat – Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghormati pilihan dan mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semalam.
Beliau yang memenangi kerusi Parlimen Bera berkata, pengundi telah membuat keputusan mereka.
“Saya menghormati pilihan dan mandat yang telah diberikan..
“Terima kasih kepada semua pengundi yang menjalankan tanggungjawab mereka mengundi selaras dengan peruntukan perlembagaan.
“Semoga Malaysia terus kekal aman dan makmur,” tulis di Facebook miliknya.
Pada PRU15, Ismail Sabri berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bera dengan majoriti 16,695 undi.
Beliau menewaskan saingannya Abas Awang daripada Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Asmawi Harun daripada Perikatan Nasional (PN).
Ismail Sabri memperoleh 31,762 undi meninggalkan pencabarnya Abas Awang yang meraih 15,067 undi dan Datuk Asmawi Harun dengan 12,719 undi.
Bagaimanapun parti yang diwakilinya Barisan Nasional kalah teruk pada PRU15 apabila hanya memenango 30 kerusi parlimen sahaja.

Ismail Sabri merupakan poster boy dan calon Perdana Menteri BN selepas PRU15.

Pemilihan beliau sebagai calon jawatan utama pentadbiran kerajaan itu sudah diputuskan secara jelas pada Persidangan Agung UMNO 2021 serta keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada April lepas. – MalaysiaGazette