KUALA LUMPUR – Seorang lelaki lemas semasa mandi bersama rakan-rakannya di air terjun di Kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat, hari ini.

Pengarah Bomba Negeri Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya yang menerima laporan mengenai insiden tersebut pada jam  11.15 pagi mengerahkan sepasukan anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussain Onn ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di lokasi jam 11.40 pagi dan pemerhatian mendapati dilaporkan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun dipercayai lemas ketika mandi bersama dengan tujuh lagi rakannya termasuk dua perempuan.

“Mangsa dipercayai singgah untuk bermandi manda sebelum lemas terperangkap dalam arus deras dan tersepit di celah batu air sungai yang deras,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, anggota telah menggunakan peralatan sebelum berjaya menemui dan mengeluarkan mangsa ke daratan.

Katanya, bantuan unit perubatan hospital tiba ke lokasi dengan ambulans jam 11.53 pagi tadi dan mangsa ditemui dan dibawa naik ke darat oleh pasukan bomba pada jam 1.21 tengahari.

Tambah beliau, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk bedah siasat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast