Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 21 NOVEMBER 2022

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa pembentukan Kerajaan Persekutuan baharu akan dikuasai sepenuhnya oleh DAP.

Sebaliknya Anwar menegaskan, kerajaan baharu yang bakal dibentuk itu adalah kerajaan campuran atau kerajaan perpaduan yang akan mewujudkan kestabilan di negara ini.

“Tiada kerajaan DAP, tapi ini kerajaan campuran, kerajaan perpaduan, saya percaya dia kena kaji semula pandangannya,” katanya pada sidang media di Hotel Seri Pacific, di sini, hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Bendahari Agung BN, kekal dengan pendiriannya menolak kerjasama dengan PH bagi membentuk kerajaan.

Dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini, Hishammuddin menjelaskan sedia dipecat parti jika pendirian itu menjejaskan kedudukannya.

Hishammuddin yang juga Menteri Kanan Pertahanan berpegang kepada pendirian ‘No Anwar, No DAP’, seperti mana yang diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. UMNO perlu istiqamah dengan slogan NO ANWAR NO DAP akar umbi. Parlimen tergantung bukanlah masalah yg perlu digalas UMNO lagi, ianya dibahu mereka yg kuat menghasut, memfitnah, mengherdik @PH! Semalam mereka mengherdik anda hari ini anda mahu berkawan dengan mereka? Kah..kah..kah…

Comments are closed.