Datum Jelatek

KUALA LUMPUR – Nama Jelatek kini semakin dikenali dengan adanya pembangunan berorientasikan transit iaitu Datum Jelatek Residensi dan Pusat Beli-Belah Datum Jelatek.

Bakal memulakan operasi pada Sabtu, 26 November ini, pusat beli-belah Datum Jelatek pasti bakal menjadi satu lagi tarikan buat warga kota yang mahu bersantai dalam suasana berbeza.

Terletak di lokasi strategik dengan kemudahan transit aliran ringan (LRT),  pusat beli-belah Datum Jelatek menawarkan pelbagai jenama serta ruang beli-belah yang cukup selesa.

Pengguna LRT tidak perlu risau hujan mahu pun panas kerana laluan berbumbung disediakan dari LRT Jelatek terus ke pusat beli-belah Datum Jelatek.

Pelbagai barangan keperluan harian, produk berjenama dan medan selera ada di pusat beli-belah Datum Jelatek menjadikan urusan warga kota lebih pantas dan mudah kerana segalanya tersedia di bawah satu bumbung.

Laluan berbumbung untuk pengunjug dari LRT Jelatek ke pusat beli-belah Datum Jelatek Taman Keramat, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 22 OGOS 2022.

Antara jenama besar yang menjadi tumpuan bagi barangan keperluan adalah The Food Merchant dan lebih menarik lagi pusat beli-belah Datum Jelatek menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Records sebagai pasar raya pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan Troli Valet.

Selain itu pelbagai jenama lain juga bakal menjadi tumpuan bagi keperluan masyarakat setempat antaranya Easytech , Digi, Samsug,SEN Q, Guardian, Healthlane, Nur Shop, Nur Grocer, Loud Speaker, PISB, SACC Premier Hall, Bounce Kids World, Krispy Kreme, Hot & Roll, LLAO LLAO, United Optometry, OC, Express Beauty Bar, Lavinas, Aodeedee, Gintell, Gong Cha, Cuckoo, 7-Eleven, Outlet, Nice to CU, Blink, Butty Boy Cooks, Thai Odyssey, OPPO, Mr.DIY.

Ruangan pusat beli belah Datum Jelatek, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 22 OGOS 2022.

Rangkaian jenama restauran makanan segera seperti KFC, A&W, Burger King, 4 Fingers, Pizza Hut, The Chicken Rice Shop dan Kenny Rogers turut memeriahkan selera para pengunjung kelak selain hidangan Ayam Penyet Best dan Mee Tarik China Muslim.

Bagi penggemar kopi pula, pusat beli-belah Datum Jelatek amat memahami selera anda. Jenama seperti Jamaica Coffee, Locca Café, Gigi Coffee, Zus Coffee, Tealive, Mesra Coffee dan Starbucks pasti menjadi pilihan setiap hari.

Datum Jelatek menawarkan 712 unit pangsapuri mewah dengan pelbagai fasiliti  moden serta pusat beli-belah di atas podium setinggi tiga tingkat  siap dibina sepenuhnya pada awal tahun ini yang beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.

Untuk maklumat lanjut layari media di laman Facebook dan Instagram Datum Jelatek Shopping Centre. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast