The Hair TRIC & Lashility kini membuka cawangan keempat di Pavilion Bukit Jalil.

KUALA LUMPUR – Salun kecantikan rambut dan bulu mata terkenal, The Hair TRIC & Lashility terus melebarkan sayap apabila membuka cawangan keempat di Pavilion Bukit Jalil.

Ia dalam usaha menyediakan pelbagai rawatan terkini berkaitan dengan rambut dan bulu mata.

Salun itu dalam satu kenyataan berkata, meskipun rawatan yang ditawarkan setaraf salon antarabangsa namun The Hair TRIC & Lashility masih mengenakan bayaran harga yang  berpatutan.

Malah produk yang digunakan oleh The Hair TRIC & Lashility juga adalah produk-produk berkualiti bagi membuktikan muncul salun terbaik di ibu kota dengan menyediakan rawatan yang khusus bagi menyelesaikan masalah pelanggan.

“Kehadiran jurudandan atau hairstylist profesional yang telah diberi latihan akademik bertauliah di Taiwan dan Malaysia serta mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang ini menjanjikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan The Hair TRIC & Lashility.

“Kami juga menawarkan pelbagai pakej rawatan rambut kepada pelanggan yang sudah tentunya perkhidmatan yang diberikan hanya daripada pekerja profesional. Antaranya potongan rambut, rawatan keratin semula jadi serta menawarkan teknik baharu iaitu air touch balayage atau pun pakar sambungan rambut dengan hanya menggunakan produk yang terbaik.

“Bukan hanya perkhidmatan rambut, salun ini juga mempunyai pekerja yang pakar dalam sambungan bulu mata, microblading kening, sulaman bibir dan lashlifting,” kata kenyataan itu.

The Hair TRIC & Lashility turut memberitahu rawatan yang diterima oleh pelanggan bukan hanya mengenai hasil akhir yang terbaik semata-mata namun pengalaman yang selesa dan santai juga memainkan peranan dalam pemilihan salun.

“The Hair TRIC & Lashility juga menggunakan produk yang dijamin halal dan mempunyai sijil halal bagimengelakkan sebarang keraguan atau menyekat keinginan dalam mendapatkan perkhidmatan dandan rambut untuk pelanggan muslim.

“Ini menarik lebih ramai lagi pelanggan muslim dalam mengunjungi salun ini dengan menerima perkhidmatan dandan rambut yang tidak terbatas.

“The Hair TRIC & Lashility juga menawarkan tempat yang elegan dan mewah apabila menyediakan ruang pelanggan, ruangan VVIP serta ruangan muslimah.

“Ruang VIP dikhususkan kepada pelanggan yang mahukan privacy, keselesaan dan juga layanan eksklusif,” katanya kenyataan itu lagi.

Selain Pavilion Bukit Jalil, The Hair TRIC & Lashility telah beroperasi IOI City Mall, Putrajaya dan Mytown Shopping Centre dan Setia City Mall, Shah Alam, Selangor. – MalaysiaGazette