Foto Instagram Nad Zainal.

KUALA LUMPUR – Pelakon Sharifah Amani menitipkan kata-kata perangsang supaya rakannya, Nad Zainal kembali sedar untuk melihat realiti pertukaran kerajaan di negara ini.

Amani atau nama sebenarnya, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya turut memanjatkan doa agar sahabatnya itu yang kini bertarung nyawa disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru diberi kesembuhan.

“Nanad (panggilan Nad), kita dah ada Perdana Menteri (PM). Wake up soon (tolong sedarkan diri),” ciap pelakon filem Sepet itu menerusi Twitter.
Terdahulu, Amani, 36, meminta orang ramai terus mendoakan yang baik-baik buat Nad agar dia kuat berdepan ujian yang sedang dihadapinya sekarang.

“Kita doakan kesembuhan buat Nad Zainal atau Farah Nadia Zainal Abidin.

“Anda kuat Nanad. Semoga dipermudahkan segalanya. Insya-Allah,” coretnya.

Sehingga semalam, media melaporkan Nad, 32, masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Pakar Ampang Puteri namun mula menunjukkan perkembangan positif.

Bagaimanapun, ibu Nad melalui mesej yang dikongsikan kepada Sherry Alhadad berkata, doktor akan merawat buah pinggang pelakon itu sedikit terjejas akibat komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast