Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori tunda di Kilometer 76.2 Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak dekat Bentong petang semalam.

KUANTAN – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori tunda di Kilometer 76.2 Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak dekat Bentong petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan mendapati lori tunda itu berhenti di bahu jalan di lokasi terbabit.

“Lebih kurang 30 minit kemudian, terdengar dentuman kuat di bahagian belakang dan mendapati sebuah motosikal dari arah Bentong telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori tersebut,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu, Samad Cham, 48 meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Zaiham berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Mohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya.-MalaysiaGazette