Abdull Rahim Saad

KUALA LUMPUR – Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Presidennya, Datuk Abdull Rahim Saad berharap dengan kepimpinan baru ia dapat memfokuskan dan membawa usahawan dari golongan mikro dan industri kecil sederhana ke tahap yang lebih tinggi lagi dan ke persada dunia.

“Untuk makluman, sejak penubuhan PERDASAMA pada tahu 1998, pihaknya telah mengadakan pelbagai program dan aktiviti di seluruh negara khususnya dalam usaha membantu
golongan usahawan Melayu terus mampan dalam menghadapi arus perdagangan dalam negara dan global,” katanya dalam satu kenyataan.

PERDASAMA juga, menurutnya, telah melaksanakan perdagangan dua hala dengan melibatkan aktiviti perdagangan dan ekspo bersama Musiad, Turki.

PERDASAMA juga telah menjalankan aktiviti ke China, Singapura, Indonesia, Perancis, Brunei dan United Kingdom.

PERDASAMA juga akan terus mengorak langkah menjalankan aktiviti ke seluruh dunia dalam membantu ahli kami khususnya Bumiputera.

“Sekali lagi kami warga PERDASAMA mendoakan kerajaan baru bawah pimpinan Anwar dapat mengekalkan dan membangunkan lagi kemampanan ekonomi negara,” kata beliau.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast