Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto HAZROL ZAINAL, 27 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Agenda membawa usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap diteruskan semasa Parlimen bersidang pada 19 September depan.

Itu penegasan Ahli Parlimen Tambun walaupun ada pihak berpandangan ia tidak perlu memandangkan kerajaan baharu yang dibentuk itu mempunyai majoriti sokongan yang telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Namun beliau berpandangan langkah itu penting untuk menjawab dan menangkis keabsahan yang dipertikaikan sesetengah pihak termasuk permainan persepsi yang dibuat.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh semalam yang menyatakan usul undi percaya terhadap PM tidak diperlukan.

“Ya, benar.. Ramkarpal sebenarnya menggunakan isu penafsiran Perlembagaan Persekutuan kerana majoriti sokongan yang dimiliki PH menerusi pembentukan Kerajaan Perpaduan bersama BN dan beberapa parti lain sangat jelas.

“Tetapi, saya juga bincang perkara ini tadi (mesyuarat PH) dan kita punya pandangan.. tapi saya fikir mengenai keabsahan itu (dibangkitkan Perikatan Nasional) juga dari segi persepsi politik.

“Jadi kita akan teruskan juga dengan undi percaya terhadap PM pada 19 Disember nanti,” tegasnya. – MalaysiaGazette