Noraihan Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Noraihan Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Perkayuan Malaysia (MTC) berkuat kuasa 1 Disember 2022 menggantikan Muhtar Suhaili yang meletak jawatan pada 1 Oktober lalu, sekali gus menjadi CEO wanita pertama dalam tempoh 30 tahun sejarah agensi ini.

Sebelum ini, Noraihan juga merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO) wanita pertama MTC.

Noraihan memiliki luas berpengalaman dan memegang pelbagai jawatan penting dalam MTC, akan menyelia strategik hala tuju dan memacu pertumbuhan mampan untuk agensi ini.

Memegang ijazah dalam Perniagaan Pentadbiran (Pemasaran) dari University of Arizona, Amerika Syarikat, beliau mmulakan kerjayanya di MTC
sebagai pegawai di Bahagian Promosi Pasaran sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah pada 2010.

Selepas berkhidmat selama lebih dua dekad di Bahagian Promosi Pasaran, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat pada tahun 2020 dan kemudiannya dilantik sebagai COO pada 1 Mac 2022. – MalaysiaGazette