KUALA LUMPUR – Umum mengetahui pelakon Nad Zainal dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak minggu lalu akibat pendarahan di paru-parunya.

Pengarah, Shahrulezad Mohameddin berkata, rakan-rakan artis dan peminat melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarganya menampung kos rawatan pelakon tersebut.

“Tabung kecemasan ini adalah inisiatif rakan-rakan serta peminat Nad Zainal bagi menampung kos rawatannya di hospital pakar untuk membantu meringankan beban keluarganya.

“Bagi semua yang prihatin, mari kita sama-sama berganding bahu untuk bersama,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Selain menyeru agar lebih ramai mendoakan kesembuhan pelakon anak dua itu, Shahrulezad turut mengajak peminat dan rakan artis yang lain menghebahkan maklumat tentang tabung tersebut supaya lebih ramai membantunya.

“Yang pasti, jangan kita lupa titipkan doa untuk Nad Zainal agar kembali pulih sepenuhnya dan jangan lupa untuk kongsikan posting ini agar lebih ramai dapat turut membantu,” tambahnya.

Untuk rekod, Nad Zainal atauFarah Nadia Zainal Abidin, 32, yang diintubasi sejak seminggu difahamkan sudah mulai menunjukkan perkembangan yang positif. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast