KUALA LUMPUR – Agrobank melancarkan kempen Extravanganza FRIA-i yang dibuka untuk pelanggan baharu dan sedia ada Agrobank termasuklah individu dan bukan individu kecuali pendeposit koporat di seluruh negara bermula 24 November 2022 sehingga 24 Februari
2023.

Ketua Pegawai Perniagaan Agrobank, Azman Md Isa berkata, melalui kempen Extravaganza FRIA-i ini, ia menawarkan kadar deposit minimum serendah RM5,000 sehingga RM2,000,000 bagi setiap pelanggan.

Ini merupakan antara peletakan deposit terendah yang ditawarkan oleh institusi perbankan di Malaysia.

Tambah beliau,tempoh matang yang ditawarkan bagi kempen ini adalah selama enam bulan dan 12 bulan sahaja (satu kitaran) dengan pembayaran keuntungan sebanyak 4.10% bagi tempoh enam bulan dan 4.25% bagi tempoh 12 bulan.

“Melangkah ke hadapan, Agrobank akan terus menumpukan usaha bagi memperkukuhkan serta mempelbagaikan lagi penawaran produk dan perkhidmatan kami untuk meningkatkan rangkuman kewangan khususnya kepada segmen yang terpinggir di Malaysia.

”Agrobank akan terus mengautomasi dan memudahkan proses pendeposit bagi tujuan simpanan selain bekerjsama dengan rakan strategik untuk menghasilkan produk yang berinovatif sekali gus memberikan pengalaman perbankan yang berkualiti kepada pelanggan,” tambah Azman. – MalaysiaGazette