KANGAR – Bekas Menteri Besar Perlis, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh meninggal dunia di kediamannya di Arau di sini petang tadi.

Allahyarham berumur 78 tahun.

Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3.15 petang, di hadapan ahli keluarganya.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang yang dihidapinya sejak lima tahun lalu.

Abdul Hamid meninggalkan isteri, Puan Sri Elham Hamid Abdullah dan lima anak – tiga perempuan dan dua lelaki.

Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat esok di Masjid Lama Arau. – BERNAMA