Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Petanda pengukuhan ekonomi negara semakin positif dalam masa seminggu selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, Bursa Malaysia berada pada paras 1,494 mata pagi tadi berbanding 1,440 mata sehari sebelum Anwar mengangkat sumpah.

Beliau menambah, nilai ringgit terus mengukuh ke tahap yang sangat baik iaitu RM4.413 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Insya-Allah saya percaya setelah barisan Ahli Jemaah Menteri yang baharu dinamakan dan matlamat serta dasar-dasar Kerajaan Perpaduan ini diumum nanti, keadaan akan jadi semakin baik untuk rakyat Malaysia,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Pada Isnin lalu, Anwar mengumumkan barisan Kabinet bakal dilantik secepat mungkin namun keanggotaannya akan diperkecilkan. – MalaysiaGazette