UMNO medan politik kepartian Pas kalimah Allah calon BN Kuala Nerus pengusaha menu rahmah
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat sebarang dakwaan atau tuduhan tanpa bukti.

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, lagip pun Islam tidak membenarkan membuat pertuduhan semata-mata selain melarang mencipta persepsi atas tuduhan kerana akan membentuk kesan besar kepada semua pihak.

Katanya, jika ditanya kepadanya mengenai tuduhan terhadap Perikatan Nasional (PN) berhubung isu dana dari syarikat perjudian, beliau kekal dengan prinsip “seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya”.

“Prinsip ini berteraskan keadilan Islam dan prinsip dunia undang-undang sejagat.

“Wang RM600 bilion? Dana syarikat perjudian? Hari ini ramai mula berhempas pulas menafikan tuduhan.

“Media sosial politik pula penuh dengan status menafi dan ada yang mula memaki hamun serta mencerca dan membalas tuduhan dengan tuduhan,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya membayangkan dana kempen pilihan raya PN datang daipada syarikat perjudian yang terbabit dengan cabutan khas judi.

Perdana Menteri itu turut mengumumkan pembatalan keputusan kerajaan sebelum ini yang meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan daripada lapan kepada 22 kali setahun berkuat kuasa 1 Januari depan.

Menurut Dr. Mohd Khairuddin, perkara itu memberi gambaran betapa peritnya menghadapi satu tuduhan kerana ia memerlukan penafian yang panjang disebabkan persepsi telah terbentuk. –  MalaysiaGazette