Muhamad Zamry (kanan) Nurul Nabilah dan Sharon menunjukkan replika minuma terbaru keluaran Richiamo Coffee dan Kelllogg's di majlis pelancaran di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Richiamo Coffee dan Kellogg’s memperkenalkan minuman terbaru di semua cawangan Richiamo Coffee di seluruh negara mulai semalam.

Bagi memberi pengalaman baru kepada para pelanggan Richiamo Coffee, Kellogg’s pengeluar makanan bijirin terkenal menampilkan minuman “Iced Blended Granola Salted Caramello Cappucino” dan “Iced Blended Granola Hazelnut Chocolate”.

Ketua Pegawai Operasi Richiamo Coffee Sdn. Bhd., Nurul Nabilah Muhamad Zamry berkata, dua jenis minuman yang diperkenalkan ini adalah hasil kerjasama dengan Kellogg’s bagi memberi pilihan kepada pelanggan Richiamo Coffee di seluruh negara.

”Dua minuman ini adalah untuk masa yang terhad sahaja dan bukan dijual sepanjang masa di semua cawangan Richiamo Coffee,” katanya selepas majlis pelancaran di sini hari ini.

Hadir sama melancarkan minuman tersebut ialah Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee Sdn Bhd., Muhamad Zamry Abu Samah dan Pengurus Jualan Negara Kellogg’s Asia Marketing Inc., Sharon Wong.

Mengulas lanjut, Nurul Nabilah berkata, pihaknya menjangkakan sambutan yang akan diterima amat memberangsangkan berikutan faktor harga dan rasanya yang begitu sedap.

Harga jualan ialah RM16.90 bagi manakala RM17.90 bagi Langkawi, Sabah dan Sarawak.

Beliau menambah, Richiamo Coffee mengambil masa yang agak lama bagi membangunkan menu baharu ini melalui penyelidikan dan pembangunan serta input-input dari pihak Kellogg’s sebelum ia dilancarkan.

“Disebabkan itu, kami memperkenalkan minuman ini melalui dua perasa iaitu perasa kopi iaitu salted caramello cappuccino dan perasa coklat,” katanya. – MalaysiaGazette